Penemuan strain baharu COVID-19, India gantung penerbangan dari Britain
21/12/2020 10:29 PM
NEW DELHI, 21 Dis — India menggantung semua penerbangan dari Britan sehingga akhir bulan ini ekoran laporan penemuan jenis COVID-19 baharu yang sangat mudah berjangkit di negara itu.
Larangan sementara terhadap semua penerbangan dari United Kingdom (UK) bermula pada Rabu, menurut Kementerian Penerbangan Awam India.
Sebagai langkah berjaga-jaga, penumpang dari UK yang menaiki semua penerbangan termasuk transit dan tiba di India sebelum tengah malam 22 Disember, akan tertakluk kepada ujian saringan COVID-19 mandatori di lapangan terbang, kata kementerian.
Britain termasuk dalam senarai negara yang mempunyai perjanjian dua hala ‘gelembung perjalanan’ meskipun jadual penerbangan berjadual biasa masih digantung akibat pandemik itu.
India, negara kedua di dunia yang paling teruk terjejas akibat COVID-19, mencatatkan lebih 10 juta kes dengan 24,337 jangkitan dilaporkan dalam tempoh 24 jam pada Isnin.
Jumlah kes aktif pula sebanyak 303,639, menurut Kementerian Kesihatan.
Arab Saudi gantung penerbangan antarabangsa kekang strain baharu COVID-19