BILA SITI NURHALIZA DIABADIKAN DI WALK OF FAME, ADELAIDE

“Alhamdulillah, terima kasih semua yang menyokong saya tanpa jemu, peminat-peminat saya yang selalu ada dalam susah dan senang. Ini untuk anda yang bersama-sama saya selama ini.

“Nanti kalau ke Adelaide lagi, bolehlah saya ambil gambar dengan Walk Of Fame sendiri, tak sangka sebenarnya,” demikianlah kata penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram miliknya.

Baru-baru ini Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tokti telah diumumkan sebagai antara tiga selebriti dan pengkarya yang nama mereka bakal diabadikan di Walk Of Fame bertempat di Sungai Torrens, Adelaide, Australia.



Dalam entri tersebut, Siti yang melakukan hantaran semula daripada muat naik pengurusnya, Rozi itu mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada peminat beliau.

Klik untuk gambar besar

Untuk makluman, Siti merupakan penggiat seni Malaysia pertama yang mendapat pengiktirafan itu di sana. Difahamkan, Siti dipilih selepas memcahkan rekod undian terbuka yang dijalankan secara dalam talian dan penyanyi lagu ‘Bidadari Syurgamu’ itu berjaya memenangi kategori Pilihan Ramai.



Menyertai Siti untuk diberi pengiktirafan itu adalah dua lagi selebriti dan penggiat seni yang terpilih, iaitu pemuzik terkenal Australia, William Barton yang terpilih menerusi kategori Pilihan AFCT dan penari Australia, Frances Rings yang terpilih menerusi kategori Pilihan Pengkritik.

Siti pernah membuat persembahan di ‘Adelaide Festival Centre, OzAsia Festival’ pada tahun 2019. Beberapa minggu lalu, Siti mencuri tumpuan peminat selepas tersenarai antara 100 Selebriti Asia Pasifik yang paling berpengaruh.

#Hiburan #Siti Nurhaliza



SITI NURHALIZA SAHKAN HAMIL 4 BULAN – AAFIYAH BAKAL DAPAT ADIK

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button