Cetus huru-hara, Pemuda PKR desak Syed Saddiq bertanggungjawab

AMK Selangor mendesak Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertanggungjawab atas huru-hara ditimbulkan…

KUALA LUMPUR, 23 Dis — Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mendesak Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertanggungjawab atas huru-hara ditimbulkan pihaknya.

Naib ketuanya, Dzulhilmi Zainol berkata bekas menteri belia dan sukan seharusnya menunjukkan contoh dalam mendesak pendaftaran parti Ikatan Demokatik Malaysia (Muda).

“Tindakan menggantung kain rentang sehingga mengganggu penglihatan pengguna jalan raya untuk melihat papan tanda merupakan tindakan yang terkutuk dan wajar dikenakan tindakan.

“Protes yang dilakukan dengan menghimpunkan lebih dari 30 orang anak muda tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan semua rakyat Malaysia sedang berusaha mengekang penularan wabak Covid-19.



“Syed Saddiq yang kononnya ikon anak muda di Malaysia wajar bertanggungjawab di atas beberapa langkah populis dan tidak cerdik seperti itu,” katanya.

Dzulhilmi berkata tindakan provokasi yang dicetuskan pihak Syed Saddiq jelas tidak mencerminkan amalan budaya politik matang yang hendak diperjuangkan.

Katanya, Syed Saddiq yang kononnya mewakili suara anak muda perlu menunjukkan contoh dan tauladan yang baik.

SYED SADDIQ SEMAKIN MERENTAN ‘MEROYAN’ MAHU KEKAL SEBAGAI KETUA ARMADA BERSATU.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button