KAMAL ADLI: “CUMA NAK MENGHALALKAN, BUKAN BUAT PERKARA TAK BAIK KAN”

Semua mengetahui mengenai pelakon Kamal Adli yang telah melamar pelakon Uqasha Senrose ketika siaran langsung Anugerah MeleTOP ERA 2020 (AME2020) baru-baru ini. Meskipun ramai yang teruja dan gembira dengan tindakan Kamal, namun ada yang kurang senang dengan aksinya itu.

Bagaimanapun, Kamal berkata ia merupakan langkah pertama untuk menghalalkan hubungan mereka. Gembira dengan jawapan diberikan oleh Uqasha, dia menyerahkan urusan mereka untuk ke fasa seterusnya kepada Allah.

“Yeay! ‘Yes’! Cuma nk menghalalkan, bukan buat perkara tak baik kan. Terima kasih atas doa tu, Amin. Yang lain serah pada Allah,” tulis Kamal di Instagram.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam pada itu, Uqasha di Instagram mengatakan meskipun tidak memenangi mana-mana kategori pada malam itu namun dia sudah menang besar kerana lamaran secara langsung itu adalah hadiah paling bernilai.

“I’m so speechless, walaupun tak menang apa-apa tapi Uqasha menang lagi besar dari anugerah yang lain,” kata Uqasha pula.



Terdahulu, hangat diperkatakan kedua pelakon itu dikatakan sudah menghadiri kursus perkahwinan. Menerusi perkongsian video di Instagram, Michael Ang ada bertanyakan soalan tersebut pada Kamal dan Uqasha.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg



Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button