Bapa didakwa lakukan amang seksual terhadap dua anak

KOTA BHARU: Seorang bapa didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua anaknya.

Tertuduh berusia 39 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin dan tertuduh diwakili peguam, Syed Muhammad Syafiq Syed Abu Bakar.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan maksud seksual menggeselkan kemaluan ke badan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang juga anak kandungnya, dalam kejadian jam 5 petang pada 1 Disember lalu.



Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memasukkan tangan ke dalam seluar mangsa sama di lokasi sama jam 11 malam pada 2 November lalu.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 dan dibacakan bersama Seksyen 16 akta yang sama. Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan berusia 14 tahun pada jam 5.30 petang pada Februari 2019.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 dan dibacakan bersama Seksyen 16 akta yang sama. Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.



Terdahulu, Syed Muhammad Syafiq memohon jaminan diberikan namun mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 31 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Polis terima lapan laporan berhubung pendakwah selebriti terpalit serangan seksual



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button