Video tular tunjuk Empangan Sibol pecah tidak benar

03/01/2021 10:55 PM

JOHOR BAHRU, 3 Jan — Sebuah video yang tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp mendakwa Empangan Sibol di Kota Tinggi pecah adalah tidak benar, kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora, di sini, hari ini.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata hasil semakan mendapati tidak wujud Empangan Sibol di daerah berkenaan.



“Di Kota Tinggi tiada Empangan Sibol. Video yang tular ni adalah merupakan lokasi kolam takungan sisa Kilang Sawit Sibol B,” kata beliau.

Hussin berkata anggota Polis Bandar Tenggara turut dihantar ke lokasi video berkenaan untuk memastikan maklumat yang diterima.

Selain itu, beliau juga mengesahkan tiada jalan raya yang dinaiki air akibat dari limpahan air tersebut kerana kedudukan kilang sawit Sibol B yang jauh dari laluan jalan raya.

Dalam video yang berdurasi 19 saat, kelihatan sebuah kolam didakwa empangan itu telah pecah dan airnya mengalir masuk ke ladang kelapa sawit.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button