Lapan Minggu Petrol Naik Dan Tiada Rakyat Yang Bising
23 sen, itulah jumlah keseluruhan kenaikan petrol semua jenis bermula dari 14 Nov 2020 hinggalah kepada tarikh 8 Januari 2021 akan datang.
Menariknya, tiada lagi kecaman di media sosial, tidak nampak lagi himpunan aman sanada di perkarangan parlimen atau pun di hadapan Pasaraya Sogo di KL dan tidak nampak juga perarakan di Dataran Merdeka.
Mungkin kerana ‘rahmat’ dari covid19 maka semuanya sepi. Namun paling ketara adalah tiada pekikan atau makian di dalam mana-mana platform, seolah-olah rakyat sudah sedar bahawa kenaikan harga petrol hanya alat untuk propaganda pilihanraya umum ke 14 sahaja.
Ahli parlimen yang dahulunya sanggup tidur di Dataran Merdeka juga nampaknya lebih senang membawa kereta mewah yang baharu dari ‘bising’ isu kenaikan harga petrol. Mereka sudah menjadi menteri selama 22 bulan sebelum ‘dipecat’ oleh diri sendiri kerana ketamakan kuasa Mahathir.
Selama itulah mereka memperolehi pelbagai kemudahan selain gaji lima angka. Apa lagi yang mereka ingin perjuangkan, segalanya mereka sedang nikmati sekarang ini.
Pemimpin pelajar ‘berhaluan’ kiri juga senyap sunyi, tiada lagi meraung betapa mereka hidup susah di kampus. Kenapa? mungkin juga sudah kenyang di lantik sebagai pegawai khas kepada beberapa ahli parlimen yang kaya-raya yang juga ‘berhaluan kiri’?
Kita tunggu minggu ini.
Lelaki hina TYT Sabah dipenjara lapan bulan