Dewan Perwakilan AS gesa Pence singkir Trump


Mike Pence – Photo: Michael Brochstein/ZUMA Wire/dpa

11/01/2021 10:53 AM

WASHINGTON, 11 Jan — Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) akan meminta Naib Presiden Mike Pence menyingkirkan Presiden Donald Trump daripada berkuasa, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik Speaker Nancy Pelosi.

“Saya ingin menarik perhatian anda mengenai tindakan segera yang perlu diambil esok pagi, ketika Pemimpin Majoriti (Steny) Hoyer akan meminta Persetujuan Sebulat Suara untuk mengemukakan resolusi (Jamie) Raskin. Resolusi ini meminta Naib Presiden supaya mengadakan dan menggerakkan Kabinet melaksanakan Pindaan ke-25 untuk mengisytiharkan Presiden tidak berkemampuan melaksanakan tugas-tugasnya dan Naib Presiden akan mengambil alih sebagai pemangku Presiden,” kata Pelosi dalam satu kenyataan.



“Jika kami tidak menerima Persetujuan Sebulat Suara, ia dijangka akan dibawa ke Dewan hari berikutnya. Kami mahu Naib Presiden mengambil tindakan dalam tempoh 24 jam,” tambah Pelosi.

Lalat hinggap di kepala Pence ketika berdebat curi perhatian




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading