Jumlah penduduk Taiwan menurun pada 2020

11/01/2021 11:55 AM

TAIPEI, 11 Jan — Jumlah penduduk Taiwan mencatatkan penurunan pada 2020 buat pertama kali disebabkan penurunan kadar kelahiran, lapor Agensi Berita Xinhua, memetik Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri.

Sebanyak 173,156 kematian dicatatkan pada tahun lalu berbanding hanya 165,249 bayi dilahirkan, menyebabkan penurunan populasi sebanyak 7,907, menurut statistik jabatan itu.



Bilangan bayi baru lahir menurun sebanyak 12,518 atau 7.04 peratus daripada tahun sebelumnya.

Jumlah penduduk yang meninggal dunia pada 2020 turun 1.78 peratus berbanding 2019.

Pada 2019, Taiwan menyaksikan pertumbuhan penduduk sebanyak 1,471.

Penghujung tahun lalu keseluruhan penduduk Taiwan ialah seramai 23.56 juta, turun 0.18 peratus tahun ke tahun.



Trump tandatangani Akta Jaminan Taiwan


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading