Pengeluar tempatan dipelawa jadi pembekal rasmi perabot Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing

11/01/2021 02:16 PM

BEIJING, 11 Jan — Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing pada Ahad mempelawa pengusaha perabot di China menjadi pembekal rasmi kelengkapan perabot untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing.

Dalam satu kenyataan jawatankuasa itu berkata langkah tersebut bertujuan menarik modal dan penglibatan masyarakat dengan menyasarkan semua syarikat perabot harian dalam dan luar wilayah China yang berhasrat menjadi pembekal rasmi.



Syarikat tersebut perlu memenuhi syarat modal, produk dan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing, Jawatankuasa Sukan Olimpik China, delegasi atlet sukan olimpik China, Jawatankuasa Sukan Paralimpik China dan delegasi atlet sukan paralimpik China.

Selain itu, syarikat perlu mempunyai imej sosial, reputasi dan pencapaian yang baik, di samping mempunyai kemampuan kukuh daripada segi ekonomi, kewangan dan teknologi.

Syarikat yang berminat perlu mengemukakan permohonan kepada Jawatankuasa Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing mulai 5 petang 22 Januari.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading