HIDAYAH: “AKU AKAN TERUS DUKUNG NAMAMU HINGGA KE SYURGA… MENJADI BIDADARIMU”

“Kekuatannya, keberaniannya dan semangatnya ku pinjam… Ku akan terus mendukung namamu hingga ke syurga kelak selagi hayatku masih ada dan menjadi bidadarimu hingga ke akhirnya,” demikianlah kata balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali, 29, yang meluahkan perasaanya menerusi laman Instagram sempena hari jadi ke-33 arwah suaminya pada 19 Januari lalu.

Kehilangan suami tersayang hampir setahun lalu tidak mematahkan semangat Hidayah yang terus berjuang membesarkan anak tunggalnya hasil perkahwinan dengan arwah Abam iaitu Syed Uthman Hamzah al-Juffrey.

Hidayah berkata, biarpun kini bersendirian, dia tetap ditemani semangat Allahyarham dalam setiap tindakan dan keputusan yang dilakukannya.



Sementara itu, Hidayah berkata, dia sentiasa mengirimkan doa dan tidak pernah sesekali melupakan Allahyarham biarpun tidak mengunjungi pusara suaminya itu.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Tidak semestinya tidak pergi ke tempatmu (pusara), ku lupakan mu… Tidak, setiap masa, setiap saat dan setiap detik tidak pernah ku lupa. Akan ku selitkan namamu dalam doaku dan setiap sujudku. Al-Fatihah untukmu imamku, Syed Umar Mokhtar,” ujarnya.



Dalam pada itu, Hidayah yang kini mengusahakan kedai makanan di Sabak Bernam, Selangor juga berjanji untuk menjaga dan membimbing anak mereka menjadi anak soleh yang akan sentiasa mendoakan arwah bapanya.

“Syed Uthman Hamzah, harta yang tidak ternilai akan ku jaga dan akan ku bimbing anak kita menjadi anak yang soleh. Bila dia besar dia akan mendoakan ayah dia di syurga dan berbakti kepada ibu dan ayahmu…

Image_3.jpg

“Ku akan terus kuat dan teuskan perjuangan untuk membesarkan anakku, terus mencari pahala untukmu dan kita kongsi pahala bersama-sama,” tuturnya.



Untuk makluman, Hidayah dan Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017.

Abam meninggal dunia akibat demam panas pada 10 Februari tahun lalu di kediamannya di Gombak, Selangor. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nurhidayah Mohd Ali dan anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia dua tahun.

Image_4.jpg

Image_5.jpg



Image_6.jpg

ALI PUTEH LUAH RINDU PADA IBU & ARWAH ABAM – FOTO HIDAYAH DIKERAT?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button