Parti pemerintah Mongolia bersidang pilih calon perdana menteri baharu

22/01/2021 03:35 PM

ULAN BATOR, 22 Jan — Parti Rakyat Mongolia bersidang pada Jumaat untuk memilih calon perdana menteri baharu setelah pembubaran kerajaan, lapor Agensi Berita Xinhua.

Pada Khamis, Perdana Menteri Ukhnaa Khurelsukh mengusulkan pembubaran kerajaannya selepas dua menteri meletakkan jawatan di tengah tekanan sosial serta tunjuk perasaan awam, dan usul itu diluluskan parlimen.



Protes tercetus di Ulan Bator setelah rakaman televisyen menunjukkan keadaan seorang pesakit COVID-19 yang baru bersalin bersama bayinya yang dilahirkan pada Selasa dipindahkan dari hospital ke kemudahan kuarantin.

Ibu itu hanya berbaju hospital dan berselipar plastik dalam cuaca sejuk.

Kerajaan pimpinan Khurelsukh dibubarkan kira-kira tujuh bulan selepas penubuhannya dan julung kali dalam sejarah negara sebuah kerajaan berundur secara sukarela.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading