SAJAT: “ADA KER AL-QURAN KATA BAJU KURUNG MILIK WANITA… JANGAN JUDGE ORANG”

“!BON DAN BON JAMIN! (Tanah Melayu) negeri Selangor!! Bahagian akta perundangan dan peguam peguam tahu atas tuduhan ini.. ini bermaksud!!! Malas nak cakap goggle sendiri!!! Buat kebaikkan pada agama, terus kata kita salah pakai perempuan… ada ker mana-mana surah al-Quran mengatakan baju kurung ini milik wanita??

“Saya pakai tutup aurat.. cer bagi tahu mana surah mengatakan yang baju kurung itu milik wanita?? Yang saya tahu wanita harus menutup aurat nya.. tak ada pun element tentang fashion dalam surah… kalau saya salah saya minta maaf.. sebab itu yang saya tahu dalam surah.. selanjut nya boleh minta berwajib ulaskan.. kecoh sangat bila bagi sedekah pakai baju kurung semua nampak salah!!!

“Korang tu pi masukkan daging lembu tanpa tahu status halal atau haram macam mana?? Berzaman-zaman kami makan benda tak tahu status nya!! Sebab apa?? Korang fikir sendiri!! Korang jangan judge orang.. korang yang berserban pun kuat meliwat orang kat madrasah… tu lagi HARAM!!!!!!” ujar usahawan kosmetik, Sajat menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Perkongsian Sajat itu bagaimanapun telah menjadi perhatian ramai apabila dia seakan ‘memberontak’ apabila sering mempersoalkan kebebasan hak asasi manusia.

Sajat dilihat tidak berpuas hati mengenai kritikan diterima olehnya berhubung tindakan memakai pakaian menyerupai wanita. Sajat turut mempersoalkan jika mana-mana surah Al-Quran mengatakan baju kurung hanya boleh dipakai untuk wanita.



Tidak hanya berhenti setakat itu, Sajat turut meminta pihak berwajib untuk memberi ulasan yang lebih lanjut mengenai perkara itu kerana baginya tiada tertilis dalam Al-Quran bahawa baju kurung hanya untuk wanita.

Image_3.jpg

Dalam pada itu, Sajat sempat menyebut beberapa kes termasuk isu semasa yang disifatkan lebih keji daripada apa yang dilakukan oleh dirinya.

Umum mengetahui, baru-baru ini pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan Sajat taua nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman ditahan dan disiasat mengikut undang-undang susulan beberapa laporan yang diterima.



Terdahulu, Sajat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 6 Januari lalu, atas pertuduhan berpakaian seperti wanita. Sebelum ini tular di media sosial, rakaman video memaparkan Nur Sajat menangis teresak-esak dalam keadaan bergari.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg



DIDAKWA DI MAHKAMAH KERANA BERPAKAIAN WANITA – SAJAT MENGAKU TIDAK BERSALAH

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button