Sabah FC lantik Ollerenshaw sebagai Pengarah Teknikal

09/02/2021 03:34 PM

KUALA LUMPUR, 9 Feb — Bekas pemain bola sepak Australia dan legenda bagi pasukan Sabah, Scott Ollerenshaw dilantik sebagai Pengarah Teknikal Sabah FC, bertujuan untuk meningkatkan kualiti bola sepak di negeri itu.

Kelab berkenaan menerusi hantaran dalam laman Facebook mengumumkan pelantikan itu secara automatik menjadikan Ollerenshaw sebagai ketua program pembangunan belia untuk mencungkil bakat baharu bagi pasukan Liga Super.



“Ini adalah satu daripada inisiatif dilaksanakan untuk menyatakan tekad pasukan dalam meningkatkan kualiti bola sepak di Sabah.

“Pelantikan legenda bola sepak itu adalah sebagai medium perantara bagi pemain import dan Sabah FC. Pada masa sama, beliau juga bertindak sebagai pencari pemain berkualiti untuk diserap ke dalam pasukan Sang Badak ini,” menurut kenyataan itu.

Ollerenshaw, 53, yang bermain dengan pasukan Sabah dari 1994 hingga 1997, telah menjaringkan 110 gol dan memenangi anugerah but emas dua kali menjadikannya sebagai legenda kelab itu.

KL United FC lantik Hodak sebagai ketua jurulatih baharu



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button