Kanak-kanak 5 tahun antara 9 maut, 25 masih hilang

HULU SELANGOR: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun antara sembilan yang disahkan maut sehingga kini dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali, awal pagi tadi.

Ketua Polis daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata jumlah kematian terkini itu direkodkan sehingga jam 11 pagi tadi dengan 43 mangsa disahkan selamat.

Sehingga kini, katanya, usaha mengesan baki 25 lagi mangsa yang hilang masih digerakkan.



Berdasarkan maklumat, beliau berkata semua mangsa membabitkan satu kumpulan sama yang menginap di tiga tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm sejak Rabu lalu, selain petugas di tapak berkenaan.

“Sehingga operasi menyelamat masih digerakkan membabitkan 394 anggota meliputi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasukan SMART.

“Operasi turut dibantu unit anjing pengesan K9 daripada JBPM dan PDRM,” katanya.

Suffian berkata, mayat sembilan mangsa akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), manakala yang cedera akan dihantar ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Kubu Baharu.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading