Zahid Jawap Keresahan Ahli Umno

Zahid Hamidi Jawap Keluh Kesah Ahli Umno

Presiden Umno hari ini memberi sedikit kelegaan kepada ahli Umno yang gusar akan hala tuju serta kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN).

Beliau menjawap keresahan ahli Umno menerusi tulisan di facebooknya pagi tadi.



Ada yang resah dan bertanya UMNO seolah-olah tiada hala tuju. Apa yang Presiden UMNO lakukan? Ke mana UMNO mahu dikemudi?

Saya faham keresahan ini. Justeru hari ini saya beri jaminan bahawa UMNO ada hala tuju yang jelas.

Hala tuju UMNO paling utama ketika ini adalah memperkasakan Barisan Nasional (BN) untuk berhadapan PRU-15.

Kedua memperkukuhkan kerjasama dengan pihak yang benar-benar jujur dan ikhlas untuk bekerjasama dengan BN.



Semalam saya menjawab tentang status Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai UMNO dan PAS pada 2019 jika ada yang masih tertanya-tanya.

Saya juga faham hala tuju sering dikaitkan dengan strategi. Sekali lagi saya beri jaminan UMNO ada strategi.

Cumanya ia bukan lagi strategi politik sekiranya semua pihak terutama lawan tahu apa yang UMNO sedang dan akan lakukan.



Strategi UMNO tidak boleh statik, rigid, kaku dan kejang. Strategi politik tidak boleh skema. Perlu bijaksana.

Menelusuri senario semasa yang disesuaikan berdasarkan analisis SWOT dan kehendak akar umbi tanpa mengorbankan agenda perjuangan.

Insya Allah barisan pimpinan UMNO mempunyai strategi yang terbaik untuk UMNO, para ahli-ahlinya dan rakyat keseluruhan.

Tetapi agak menghairankan apabila anti-UMNO yang seolah-olah paling kecewa dan hari-hari marah kerana UMNO kononnya tiada hala tuju.



Hari-hari membangkitkan perkara itu di media sosial. Apakah muslihatnya saya fikir saudara saudari ada jawapannya.

Jawapan pantas sebegini memang sangat dinantikan ahli Umno yang masih berkira-kira hala tuju Umno. Penggunaan media sosial sebagai platform beliau berinteraksi dengan ahli Umno memang wajar dilakukan dalam tempoh PKP (darurat) sekarang.

22 Bulan PH Memerintah Jadikan Iktibar… Terus Perkasakan Parti, Susun Strategi – Tok Mat



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button