Pembuat automotif China lihat Thailand punya potensi jadi pangkalannya di ASEAN


Prayut Chan-o-cha Foto: Chaiwat Subprasom/SOPA Images via ZUMA Wire/dpa

15/02/2021 07:30 PM

BANGKOK, 15 Feb — Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha mengalu-alukan kedatangan delegasi sebuah syarikat automotif dari China dan menggalakkan syarikat itu menggunakan Thailand sebagai pangkalan pengeluaran kenderaan elektrik.

Ia sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan kemahiran pekerja di negara ini, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).



Delegasi Great Wall Motor ASEAN & Thailand itu diketuai presidennya Elliot Zhang.

Prayut gembira kerana syarikat itu melihat potensi Thailand sebagai pangkalan pengeluaran automotif di Asia Tenggara.

Katanya projek kenderaan elektrik syarikat itu seiring dengan dasar ekonomi Bio-Persekitaran-Hijau (BCG) Thailand yang bertujuan mengurangkan penggunaan minyak dan kesan negatif terhadap alam sekitar.

“Syarikat itu merancang menghasilkan 80,000 kenderaan elektrik pada suku pertama dan mahu Thailand menjadi pangkalan pengeluaran automobil dan eksport di ASEAN. Ia akan mewujudkan pekerjaan dan meningkatkan kemahiran rakyat Thailand yang akan menyokong pertumbuhan industri automotif di masa depan,” kata Zhang.



Pada majlis sama, syarikat itu menyumbangkan 500,000 topeng pembedahan kepada kerajaan untuk membantu membendung COVID-19.

Lawatan Muhyiddin ke Indonesia janjikan potensi pemulihan ekonomi yang kukuh – SAPP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button