Kementerian Pengangkutan Kena Langgar Geroda?
PERANG MEDIA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN, BANYAK YANG MASIH DISEMBUNYIKAN?
Beberapa hari lalu, Kementerian Pengangkutan telah mengeluarkan beberapa siri kenyataan rasmi di media sosial yang memberi penjelasan isu-isu yang didedahkan portal Sabahkini serta pendedahan yang dianggap tuduhan daripada Kesatuan Pekerja Keretapi Malaya (RUM).
Pendedahan Sabahkini
Sabahkini mendedahkan seperti berikut; Dulu di MOTAC disiasat SPRM kini di MOT KSU buat ‘Runding Terus KTMB’ untuk kroni? [http://sabahkini2.com/en/news/3625/dulu-di-motac-disiasat-sprm-kini-di-mot-ksu-buat-runding-terus-ktmb-untuk-kroni/view](http://sabahkini2.com/en/news/3625/dulu-di-motac-disiasat-sprm-kini-di-mot-ksu-buat-runding-terus-ktmb-untuk-kroni/view).
Ia adalah berkenaan ‘direct nego’ 10 Set (6 Car) Electric Train Set (ETS) yang diluluskan pihak Kementerian Kewangan setelah mendapat cadangan dari Kementerian Pengangkutan.
Kemusykilannya, mengapa hanya setelah 3 syarikat gagal mengikut kriteria KTMB, tanpa dibuka semula tender, tetapi ‘direct nego’ diteruskan.
Lebih menghairankan apabila syarikat yang mendapat ‘direct nego’ ini, harga yang ditawarkan adalah sama dengan tawaran terendah 3 syarikat gagal terdahulu.
Pendedahan Malaysiakini
Adakah ia satu rancangan? Syarikat manakah yang telah dianugerah kontrak ini? Adakah ia syarikat tempatan atau dari negara lain? Ini telah ditulis di Malaysiakini … https://www.malaysiakini.com/news/569768 Lebih memeranjatkan apabila ada portal yang dedahkan apa saja berkenaan keretapi, syarikat dari China yang telah mendapat kontrak ini seperti di sini …. China the only winner in ECRL deal ( https://www.thevibes.com/articles/opinion/23170/china-the-only-winner-in-ecrl-deal ).
Seterusnya, MOT menjawab pula kenyataan Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Malaya (RUM) yang dikatakan berunsur tohmahan ataupun fitnah.
Isunya adalah berkenaan 13 set Diesel Multi Unit (DMU) yang sebenarnya adalah “prototype” yang juga telah dibeli secara ‘direct nego’.
Pihak Kementerian juga gagal menjawab beberapa persoalan yang telah dikemukakan pihak RUM. Di antaranya, mengapa perlu terburu-buru dilancarkan set DMU yang masih tiada jaminan dan kepastian berada dalam keadaan baik?
Namun, apa yang dikatakan tohmahan dan tuduhan RUM, secara tidak langsung telah diperakui MOT di mana mengesahkan masalah tangki minyak dan cermin tingkap sememangnya wujud.
Penjelasan RUM
Penjelasan dari pihak RUM … https://www.facebook.com/pres.rum/posts/4175974252437253 dan masalah fasiliti Depoh yang tersadai seperti yang didedahkan di Facebook rasmi RUM (https://www.facebook.com/suararum/photos/pcb.919845151890558/919844895223917/).
Jika diteliti kenyataan rasmi MOT dan penjelasan rasmi RUM, MOT lebih selesa dan berminat untuk membuat serangan media daripada menyelesaikan segala pemasaalahan yang telah ditimbulkan.
Sepertimana yang disuarakan RUM, integriti KTMB dan keselamatan serta keselesaan pengguna iaitu rakyat diutamakan berbanding keghairahan MOT membuat pelancaran di dalam keadaan yang tidak selamat.
Perang Media Sosial
Daripada terus berperang di media sosial, adalah lebih profesional dan berkesan jika pihak MOT bersemuka dengan KTMB mahupun RUM.
Jangan salahkan rakyat apabila terbau sesuatu yang mencurigakan sedang berlaku sehingga ia perlu didedahkan. Siapakah yang sedang MOT utamakan… seseorang atau rakyat dan negara?
KENYATAAN MEDIA MENTERI PENGANGKUTAN 8 MEI 2020 MOT WUJUDKAN PORTAL SISTEM BAGI MEMUDAHKAN PROSES PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN PEMANDU BAS PELANCONG / PERSIARAN