Resepi Asam Rebus Ikan Yang Sihat & Enak
Mahu masak masakan sihat & enak? Apakata cuba masak Asam Rebus Ikan dengan bendi.
Masakan mudah dan dijamin sedap untuk jadi hidangan keluarga.
Ramuan
2 ekor ikan (terpulang ikan kesukaan) dipotong
1/2 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih diketuk
3 sb cili kisar
Sedikit kunyit hidup dihiris
Sedikit belacan
2 biji tomato belah 4
Bendi ikut suka
2-3 keping Asam keping
Garam secukup rasa
Air secukupnnya
Langkah
Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali ikan dan bendi.
Bila dah menggelegak, masukkan ikan. Agak ikan sudah hampir masak, masukkan bendi.
Biarkan dalm 5 – 7 minit sebelum tutup api. Jangan biarkan bendi itu terlalu lembik.
Mudah bukan? Tidak berminyak dan menu sihat untuk keluarga anda.
Selamat mencuba!
Resepi Sardin Bujang Buat Hidangan PKP 3.0