Negara Kerugian Bila Mansuh PLKN

Negara Kerugian Bila Mansuh PLKN
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

 

Negara kerugian besar apabila PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) dimansuhkan oleh Pakatan Harapan pada 2018.

Pandemik covid19 yang melanda Malaysia sejak awal Januari 2020 berpanjangan sehingga hari ini.

 



Pakatan Harapan Mansuhkan PLKN
Syed Saddiq Bertanggungjawab Mansuh PLKN

 

Barisan petugas hadapan (Frontliners) semakin keletihan dan tenaga sukarelawan bagi membantu mereka tidak cukup.

Bayangkan sehingga hari ini Jun 2021, covid masih lagi menjangkiti rakyat Malaysia dan sukarelawan pula kurang. Dengan pertambahan kes saban hari, ramai frontliners sudah ‘kehabisan tenaga’.

 



 

Jika PLKN masih beroperasi hari ini, kita mempunyai tenaga sukarelawan yang ampuh dan mampu membantu frontliners dalam banyak perkara.

Dengan kekuatan lebih kurang 200,000 tenaga sukarelawan sejak penubuhan PLKN, kehadiran mereka pasti banyak memberi manfaat ketika negara berdepan krisis seperti sekarang.



Namun ‘Nasi Sudah Menjadi Bubur’, selepas pemansuhan PLKN tiada program sukarelawan yang mampu memberi khidmat kepada negara secara konsisten.

Jika ada sekalipun jumlah sukarelawan masih belum tentu dapat memenuhi permintaan khidmat sukarelawan.

 

Mansuh PLKN



 

Dengan penglibatan dari semua kaum di bawah PLKN, sudah pasti masalah komunikasi, strategi dan kelancaran bagi membantu frontliners mudah diselesaikan.

Terbukti perancangan kerajaan terdahulu semasa menubuhkan PLKN mampu memberi manfaat kepada Malaysia di waktu sukar sebegini.

Pautan program pengambilan sukarelawan covid19 – https://www.myvac.com.my/



Malangnya semua perancangan tersebut kini tinggal lipatan sejarah. Kini kerajaan terpaksa mengiklankan pengambilan sukarelawan bagi membantu barisan hadapan yang semakin ‘lemah’ dan kehabisan tenaga.

 

Iklan Pengambilan Sukarelawan Covid19
Iklan Pengambilan Sukarelawan Covid19

 

Perlu diingatkan ‘Membina Bukan Mudah Tetapi Meruntuh Senang Sekali’. Usaha kerajaan terdahulu telah terbukti sangat berkesan dan baik untuk negara.



 

PLKN
Arkib PLKN

 

Begitu juga dengan PLKN yang boleh dikatakan sebagai satu program yang membentuk Jati Diri Malaysia tetapi sayangnya kerana ‘dendam politik’ ia dihapuskan.

 

Ismail Sabri Arah Kilang Arak Tutup Operasi

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button