Azmin Perlu Tampil Jelaskan Kekeliruan

Azmin Ali Perlu Tampil Jelas Kekeliruan
Menteri MITI
DS Azmin Ali

 

Dato Seri Azmin Ali perlu tampil bagi menjelaskan semua kekeliruan rakyat berkaitan kelulusan operasi syarikat serta apa itu perkhidmatan perlu (essential) sewaktu PKP (Penuh) dilaksanakan.

Selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI), Azmin sepatutnya lebih peka memperhalusi keluhan rakyat apabila PKP (Penuh) dimulakan pada 1 Jun 2021.

Perubahan Polisi Dalam Masa 24 Jam

Banyak syarikat serta rakyat masih terpinga kerana perubahan polisi yang dilakukan MITI. 

Apabila Menteri Kanan Pertahanan mengumumkan SOP PKP Penuh, rakyat faham selepas melalui pelaksanaan PKP Penuh pada Mac 2020.

Mengikut pengumuman awal setiap Kementerian diberikan tanggungjawab untuk menilai serta memberikan kelulusan beroperasi bagi sektor masing-masing.

Bagaimanapun kekeliruan timbul apabila pihak MITI di bawah Azmin Ali mula memberikan kelulusan kepada pihak yang tiada keperluan (non essential).

Baca – https://my-tv.online/2021/06/01/azmin-kena-gasak-benarkan-kilang-arak-beroperasi/

Paling mengejutkan sewaktu PKP Penuh 1, semua kilang pembuatan arak ditutup tetapi dalam PKP 3.0 syarikat berkenaan dibenarkan beroperasi.

Mengambil kira sensitiviti rakyat, Menteri Kanan Pertahanan mengarahkan kilang tersebut ditutup operasi serta merta.

Baca – https://my-tv.online/2021/06/01/ismail-sabri-arah-kilang-arak-tutup-operasi/

Mengapa Azmin sendiri tidak tampil secara langsung bagi menjawap kekeliruan ini?

 

Azmin Ali Kena Gasak
Permintaan Ketua Pemuda UMNO Kepada YB Azmin Ali

 

Ketua Pemuda UMNO Malaysia sendiri menggesa agar Azmin tampil secara langsung bagi menjawap persoalan namun sehingga hari ini tiada respon diberikan.

Semalam sebuah portal berita menyatakan berlaku ketegangan antara Menteri Menteri yang tidak berpuashati dengan cara MITI memberikan kelulusan operasi.

 

Kelulusan MITI
Kelulusan MITI
Telah Dibatalkan Selepas Dipersoalkan Tuan Syarikat

 

Desas desus yang menular pula tidak menolak berlaku pertelingkahan yang membabitkan banyak Kementerian yang perlu mendapatkan kelulusan daripada MITI terlebih dahulu.

Apakah MITI diberikan kuasa veto dan semua Kementerian perlu akur dengan keputusan MITI?

 

Kluster Mengikut Pecahan
Kluster Mengikut Pecahan Peratusan

 

Jika berlaku begitu, apa makna mesyuarat MKN diadakan saban minggu? Hanya masuk mesyuarat dan dengar pembentangan dan menyerah kepada pihak lain mengumumkan?

 

Laporan Sebuah Portal
Grafik Laporan Sebuah Portal

 

Rakyat bukan tidak cerdik menilai apa yang dibuat kerajaan sekarang. Mereka memerhati dan memberi reaksi balas dengan segera jika merasakan di’perbodoh’kan.

 

Usah ‘Kembirikan’ Parlimen Ujar Azalina

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker