Durian Bakar Jadi Hidangan Orang Medan
JAKARTA – Penduduk di Medan, Indonesia memiliki cara tersendiri untuk menikmati buah durian apabila memilih untuk membakar raja buah itu sebelum ia dimakan, lapor Suara.com, semalam.
Menurut seorang penjual durian, Patar Siahaan, dia menemui cara baharu menikmati buah itu kira-kira setahun lalu ketika pulang daripada melawat rakannya di Pulau Jawa.
“Rasa isi durian lebih sedap apabila dibakar malah ada yang memberitahu, durian bakar mampu kurangkan kandungan kolesterol serta gula dalam buah.
“Saya akan membakar durian yang belum dikupas di atas api selama 10 minit sebelum isinya dikeluarkan dan diberi kepada pelanggan,” jelasnya
Tambahnya, isi durian yang dibakar juga tidak akan meninggalkan bau yang kuat di dalam mulut pemakan berbanding isi segar.
Menurut Patar, harga durian bakar dijual sekitar 30,000 rupiah (RM8) hingga 70,000 rupiah (RM20) mengikut saiz buah. – Agensi
Agong Cemar Duli Kurnia Sumbangan