Mahkamah Tolak Rayuan Saman Terhadap Fazura

 

Mahkamah Rayuan semalam (6 September) mengesahkan Mahkamah Tinggi menolak saman oleh pemilik Maydan Trading terhadap pelakon dan penyanyi Nur Fazura dan Universal Music Sdn Bhd atas dakwaan melanggar kontrak.

Perlu Bayar RM10,000 Kepada Fazura

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Azizah Nawawi dan Datuk See Mee Chun yang menolak rayuan Narhamdan Abd Malek. Malah, Narhamdan turut diarahkan membayar kos RM10,000 kepada Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Shariffuddin,38.



 



Memetik laporan BERNAMA, peguam Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Fazura ketika dihubungi portal akhbar berkenaan, mengesahkan keputusan mahkamah tersebut dan berkata mahkamah telah pun memutuskan bahawa tiada pelanggaran kontrak oleh anak guamnya dan Universal Music.

Rayuan Ditolak

Pada 18 Jun lalu, Narhamdan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak samannya terhadap pelakon dan penyanyi itu serta Universal Music yang mengurus Fazura.

Narhamdan, yang memiliki dan menjual produk kesihatan iaitu ‘candy’ yang boleh dikunyah dikenali sebagai ‘Q Tab’ untuk kesihatan rambut, kulit dan kuku memfailkan saman pada 16 Dis 2017 dengan menamakan Fazura dan Universal Music sebagai defendan pertama dan kedua.



 



Difahamkan, mengikut terma perjanjian,Fazura sepatutnya memasarkan produk tersebut dalam tempoh enam bulan melalui media sosial, khususnya Instagram milik pelakon itu.

Bagaimanapun, dalam saman tersebut menyatakan Narhamdan mendakwa isteri kepada pelakon Fattah Amin itu melanggar kontrak pada penghujung September 2017 apabila Fazura melancar dan memasarkan produk kesihatan dan kecantikan berasingan iaitu ‘TRUDOLLY ‘TruBeauty’ ketika kontraknya masih berkuat kuasa.

Narhamdan mendakwa pelancaran produk itu mewujudkan persaingan untuk produk ‘Q Tab’ manakala pemasaran produk itu telah diabaikan, menyebabkannya mengalami kerugian dari segi jualan.

Oleh itu, Narhamdan, antara lain, menuntut pembayaran balik RM156,000 daripada Fazura dan Universal Music, ganti rugi RM141,755.61 kerana pelanggaran kontrak, faedah dan kos.

Dalam perkembangan berkaitan,Fazura dalam penyataan pembelaan difailkan pada 29 Jan 2018 mendakwa dia tidak pernah memasuki apa-apa perjanjian dengan perayu.



Peguam Jefri Jaafar mewakili Narhamdan manakala Universal Music oleh Wilson Lim.

murai


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading