Alami detik seram, wanita terakam roh keluar
SEORANG wanita mengalami detik seram apabila secara tidak sengaja telah pun terakam detik roh kepada mangsa lemas keluar dari sungai di tempat kejadian.
Wanita terssbut sedang mengikuti misi mencari dan menyelamat (SAR) mendakwa bahawa dia telah melihat ‘roh’ keluar dari jasad seorang lelaki yang ditemui lemas di dalam sungai di Filipina.
Menurut The Sun, detik-detik kejadian yang berlaku di wilayah Davao del Norte itu telah dirakam oleh wanita tersebut. Dakwanya, roh tersebut berjalan di atas air selepas ia keluar dari jasad.
“Ia sangat menyeramkan kerana saya tidak menyangka dapat rakam di telefon saya.
“Saya meremang bila tengok video itu, saya tahu ia memang hantu lelaki tersebut,” katanya.
Difahamkan, lelaki tersebut telah lemas di sungai itu ketika cuba menyelamatkan seekor anjing liar. Dia berjaya menolak naik haiwan itu tetapi nasibnya tidak baik apabila dirinya terus tenggelam dalam air.
Rakan-rakannya kemudan memanggil para penyelamat dan usaha untuk mencarinya dilancarkan.
Ketika mayatnya dijumpai, roh putih didakwa telah dilihat turut muncul keluar dari air.
Netizen yang tidak percaya melihat video itu mengatakan bahawa mungkin ia telah disunting.
Namun, wanita tersebut menafikan sekeras-kerasnya dan mengatakan bahawa video yang dirakam olehnya itu sememangnya betul.
“Ketika itu, saya hanya berhasrat untuk merakam detik ketika orang ramai menyelamatkannya tetapi tidak menyangka pula akan melihat sesuatu yang menyeramkan,” katanya.
Dia juga mendedahkan bahawa mangsa merupakan lelaki ketiga yang lemas di sungai itu.