PH kekal manifesto Pru14 untuk PRN Melaka – Adly

Bekas Adun Bukit Katil, Tuan Adly Zahari memberi bayangan Pakatan Harapan akan meneruskan manifesto Pru14 bagi menghadapi PRN Melaka.

Beliau menyatakan demikian apabila ditanya mengenai ‘wow faktor’ untuk kempen Pilihanraya negeri Melaka Pakatan Harapan.



Selama 22 bulan Pakatan Harapan menjadi peneraju Melaka, isu kesesakan menjadi ‘taboo’ kepada kerajaan kerana mereka gagal menyelesaikannya.

Beliau menyebut mengenai perumahan untuk rakyat Melaka, model perumahan yang diperkenalkan kepada rakyat. Persoalan mengenai perumahan ini perlu ditanya kepada rakyat Melaka itu sendiri samada wujud atau tidak rumah yang dijanjikan PH.

Sekiranya Pakatan Harapan masih berpegang kepada manifesto pru14, adakah mereka layak untuk diberikan peluang memerintah Melaka sekali lagi?

Perlu diingat manifesto PH yang diperkenalkan telah banyak MEMBOHONGI rakyat kerana tidak berjaya dilakukan ketika diberikan peluang.



Dengan saingan sengit dalam PRN kali ini PH dijangkakan akan berdepan defisit kepercayaan rakyat yang akan menuntut janji-janji mereka dalam pru14.

Sejauh mana kemampuan PH meraih kembali undi untuk membentuk kerajaan akan ditentukan rakyat Melaka pada 20 November 2021.

PPBM pengkhianat mandat rakyat – Adly Zahari

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button