Ahli-ahli Parlimen terima dos penggalak

 

Ahli-ahli Parlimen akan mula menerima dos penggalak COVID-19 bermula esok, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang membacakan pemakluman tersebut berkata, Ahli-ahli Parlimen berisiko tinggi kerana sering turun padang bersama dengan rakyat.



“Sehubungan itu, bagi melindungi Ahli-hhli Yang Berhormat yang mempunyai tanggungjawab untuk kerap bersama rakyat dan berisiko mendapat jangkitan COVID-19, maka KKM akan memberikan dos penggalak kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bermula pada esok Selasa, 2 November 2021 dan tarikh seterusnya akan ditetapkan kelak.

“Pemberian dos penggalak pada esok akan bermula pada pukul 9.30 pagi di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia,” katanya.

Kementerian Kesihatan (KKM) telah memulakan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 di seluruh negara bermula 13 Oktober lalu kepada individu yang telah mendapat dos lengkap vaksin.

Tujuan pemberian dos penggalak itu adalah untuk memastikan imuniti yang diperolehi selepas menerima dos lengkap dapat dikekalkan untuk tempoh yang optimum khususnya terhadap jangkitan varian Delta.

awani




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading