“Tenang-tenang, sampai masa kita undi” – pengundi Melaka

PRN Melaka

“Tenang-tenang, sampai masa kita undi” – begitulah reaksi spontan pengundi Melaka apabila ditanya mengenai PRN Melaka.

Urusan harian kebanyakan pengundi berjalan seperti biasa tanpa nampak terganggu dengan bendera parti politik yang semakin meriah di pasang merata-rata.

“kami dah tau menilai mana buruk mana baik, kejutan akan berlaku”



“yang gila kuasa ni ramai tapi kerajaan kena jaga rakyat bukan asyik bertegang leher”

“kalau masa boleh diputar balik, kami serik bagi kepercayaan pada yang dulu…jadi kami nak tebus balik kesilapan”

Itu antara komen dan respon dari penduduk dan pengundi Melaka apabila ditanya secara rambang mengenai PRN Melaka.

Memerhati reaksi dan jawapan spontan tinjauan rambang, kebanyakan pengundi mahu Melaka punyai kerajaan yang stabil dan lebih baik dari dulu.



Pada PRN Melaka dijangkakan pertandingan 3 penjuru hingga 5 penjuru akan menjadi perhatian kerana melibatkan pecahan undi.

Ini akan memberi impak kepada semua parti yang mahu membentuk kerajaan dan besar kemungkinan tiada satu parti pun akan beroleh majoriti mencukupi bagi membentuk kerajaan.

Melihat kepada prospek atas kertas, dijangkakan BN akan memenangi sekurangnya 17 kerusi.



Manakala PH mampu mendapat 10 kerusi dan 1 kerusi akan dimenangi bebas.

BN yang kini sah bertanding solo akan berdepan cabaran getir manakala PN pula sukar memenangi sebarang kerusi berdasarkan reputasi mereka yang tidak konsisten serta pengkhianatan yang dilakukan apabila menarik diri dari Pakatan Harapan.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button