Dembele `mangsa’ pertama peraturan baharu Xavi di Barcelona

Dembele `mangsa' pertama peraturan baharu Xavi di Barcelona
Ousmane Dembele (kiri) bersama Xavi ketika sesi latihan Barcelona. – Foto ihsan Marca.

Dembele `mangsa’ pertama peraturan baharu Xavi di Barcelona

MADRID: Ousmane Dembele menjadi pemain Barcelona pertama yang dihukum apabila didapati melanggar satu daripada 10 ‘arahan’ terbaharu Xavi selepas dilaporkan lewat tiga minit ke sesi latihan, semalam.

Xavi yang juga legenda Barcelona ditugaskan untuk menyelamatkan Barcelona yang kini menghuni tangga kesembilan La Liga dan tindakan pertamanya adalah memperkenalkan peraturan ketat yang perlu dipatuhi pemain.

Salah satu peraturan baharu adalah pemain perlu tiba 90 minit lebih awal sebelum sesi latihan dan Dembele menjadi pemain pertama melanggar peraturan itu.



Sesi latihan dijadual bermula pada 10 pagi, jadi semua pemain perlu ada di pusat latihan pada jam 8.30 pagi namun Dembele dikatakan tiba tiga minit lewat.

Dia akan dikenakan denda dan hukuman bakal digandakan sekiranya kesalahan sama berulang.

Difahamkan, Xavi adalah pengurus pertama melaksanakan struktur denda sejak Luis Enrique pada 2017, namun Ronald Koeman percaya pemain perlu berdisiplin tanpa bimbang terhadap hukuman.

Sebelum ini, terpulang kepada pemain untuk makan tengah hari di pusat latihan ataupun terus pulang ke rumah selepas latihan berakhir, namun Xavi menegaskan pemain perlu makan tengah hari bersama di Cuitat Esportiva.



Diet juga menjadi aspek penting buat Xavi dan dia percaya diet yang betul dapat membantu pemain mengelak daripada kecederaan dan meningkatkan persediaan secara fizikal untuk perlawanan.

Aktiviti selain bola sepak untuk pemain turut dihadkan selain mereka tidak boleh pulang lewat tengah malam dalam tempoh 48 jam sebelum perlawanan.

Malah, mereka juga bakal diiringi kakitangan kejurulatihan jika aktiviti selain bola sepak yang dilakukan mereka menjejaskan prestasi ketika bermain.

– AGENSI



Dembele `mangsa’ pertama peraturan baharu Xavi di Barcelona




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button