Mahathir dapat tanah masa Mukhriz MB Kedah
Mahathir telah menerima tawaran pajakan sebidang tanah di Langkawi semasa Mukhriz menjadi MB Kedah.
Tawaran pajakan selama 60 tahun tersebut terkandung dalam sepucuk surat yang dikemukakan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi pada 11 September 2014.
Tanah tersebut terletak di PT 537 (H.S.D7/49) Mukim Ayer Hangat, Langkawi, Kedah Darul Aman. Kadar pajakan pula ditetapkan sebanyak RM192,500.00 untuk tempoh 60 tahun.
Timbul persoalan bagaimanakah Mahathir boleh diberikan tawaran sebegitu jika beliau bukan bekas Perdana Menteri dan anaknya bukan Menteri Besar Kedah?
Belum lagi disentuh bab konsesi balak yang diperolehi anaknya menerusi sebuah syarikat. Apakah ini semua bukan sebab keistimewaan kepada Mahathir sebagai PM pada waktu itu?
Seringkali Mahathir akan memberi jawapan anaknya pandai berniaga jadi tidak mendatangkan masalah namun semua tahu anaknya bergantung kepada keistimewaan yang diperolehi Mahathir.
Pendedahan Najib mengenai pajakan tanah di Langkawi agak mengejutkan kerana Mahathir tidak mengaku ada menerima tanah atau sebarang keisitimewaan lain selepas tidak lagi bergelar PM.
Serangan Mahathir terhadap Najib hanya kerana kerajaan menawarkan sebidang tanah kepada Najib untuk dijadikan kediaman.
Mahathir sendiri tahu pemberian tanah atau kediaman sesuai adalah tertakluk di bawah Akta Kerajaan untuk semua bekas Perdana Menteri Malaysia dan beliau mengaku dirinya yang meminda Akta tersebut.
Moga Mahathir segera berhenti meratib nama Najib sebelum beliau dilanyak dengan lebih teruk oleh Najib.
Isu 100 juta, Kit Siang ganti Mahathir ratib nama Najib