Pil Merck untuk Covid19 akan diputuskan EU

 

Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) memulakan proses penelitian pil antivirus COVID-19 untuk golongan dewasa daripada pengeluar ubat Amerika Syarikat Merck.

Keputusan berkaitan penggunaan pil antivirus Merck itu dijangka akan dikeluarkan dalam beberapa minggu oleh EMA.



EMA telah pun menilai sebahagian besar data semasa semakan semula yang bermula pada bulan Oktober.

Pil Merck, Lagevrio, didakwa mengurangkan risiko kematian dan kemasukan ke hospital dalam kalangan kumpulan rentan kepada 50 peratus.

Ia dibangunkan dengan Ridgeback Biotherapeutics dan mendapat kelulusan daripada Britain awal bulan ini.

Walaupun vaksin adalah penting untuk memerangi wabak itu, EMA sedang mengkaji kaedah rawatan dan minggu lepas memulakan semakan terhadap pil antivirus Pfizer.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat pula akan bertemu pada 30 Nov untuk menyemak data keselamatan dan keberkesanan ubat Merck dan mengundi sama ada ia perlu dibenarkan.



awani

Ayam & telur naik harga, kangkung tumpang berlumba sama

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button