Berjoget Depan Pejabat Agama

Biasanya urusan berkahwin dan cerai bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main malahan ia satu perkara yang mesti diberi perhatian dengan serius.

Viral di aplikasi Tiktok satu video satu pasangan yang gembira menari di hadapan Kompleks Pentadbiran Agama Islam Teluk Intan kerana gembira selepas pasangan itu baru lepas bercerai.

Video berkenaan dipercayai dimuatnaik oleh wanita berkenaan dengan kapsyen baru sahaja lepas menjadi janda selepas diceraikan talak dua.



“Officially i janda pada hari ini dengan talak loro talak loro (talak dua) . Terima kasih ex banyak jaga saya sebelum ni, semoga jumpa jodoh yang lebih baik,” tulisnya.

Urusan kahwin cerai bukanlah satu perkara yang boleh dianggap mudah. Namun, melihat dari kehidupan berumah tangga sesetengah pasangan muda ketika ini, ia seakan satu perkara yang diambil ringan.

Perkongsian wanita itu telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-rata pelik dengan tindakannya yang menari di hadapan pejabat agama.



Aga juga yang tidak mempercayai bahawa mereka berdua telah bercerai kerana terlihat gembira sahaja seakan tidak ada perkara serius berlaku.

Namun, apa yang membuatkan netizen berasa kurang enak melihatnya adalah pernceraian yang berlaku seakan satu permainan buat mereka kerana sempat berjoget TikTok selepas meruntuhkan masjid yang pernah dibina sebelum ini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button