Pengantin baharu diarak naik forklift

 

Pasangan pengantin baharu dari Kabupaten Temanggung, Jawa Tengah merakam memori tersendiri apabila mereka diarak menaiki forklift semasa hari persandingan, lapor Suara.com, semalam.

Idea untuk meraikan pasangan pengantin, Anang Supriyadi dan Laelatul Hana dengan mengusung mereka menaiki forklift datang daripada bapa pengantin perempuan, Muslihin.

“Bagi saya, idea mengarak pengantin baharu menggunakan forklift adalah sesuatu yang unik dan tidak pernah dilakukan.

“Jarak antara rumah saya dan menantu sesuai untuk perarakan menggunakan jentera ini,” katanya.

Menurut Muslihin, dia tidak menyangka majlis persandingan anak menantunya itu menjadi tular di media sosial kerana mereka sekadar mahu berseronok pada hari tersebut.

Setakat ini, video pasangan pengantin diarak naik forklift ini sudah mendapat tanda suka 10,733 selepas dimuat naik di laman Instagram @temanggungzone.

– Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button