“Saya tidak akan berkompromi isu kebajikan rakyat”

 

Bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak kini dirujuk sebagai saluran menyuarakan isu kebajikan rakyat.

Bermula dari bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan-PKP1 sehingga PKP 3.0 dan PKP 3/4 masak, Najib terus bersuara untuk rakyat.

Semalam, beliau menerima memorandum rayuan dari NGO berkaitan isu i-Citra bagi keperluan pencarum yang memerlukan.

Difahamkan ada kira-kira 50 ribu yang menandatanganinya setakat ini.

Rayuan ini adalah agar kebajikan rakyat diberi perhatian dan diusahakan lagi, terutamanya dalam keperluan pengeluaran KWSP untuk kelangsungan hidup.

Wabak covid yang melanda negara menyaksikan ekonomi negara terjejas teruk dengan penutupan sempadan ekonomi melibatkan seluruh negara. Malaysia juga tidak terlepas dari tempias kelembapan ekonomi.

Ini menyebabkan ramai majikan terpaksa mengecilkan operasi bagi meminimumkan kos yang ditanggung.

Lebih parah lagi ada majikan terpaksa menutup terus operasi sekaligus menyebabkan ramai hilang punca pendapatan.

 

 

Awal tahun 2021, banjir melanda beberapa negeri di Malaysia menyaksikan ramai kehilangan harta benda malah ada yang hilang kediaman.

Akhir tahun 2021, negara sekali lagi diuji dengan musibah banjir dan kali ini lebih teruk. Ada kalangan rakyat yang ibarat ‘sudah jatuh, ditimpa tangga’ bila kerosakan harta benda baru sahaja dibaikpulih sekali lagi perlu diperbaiki bila banjir melanda.

Ramai rakyat terutama pencarum KWSP mengeluh kerana sudah kehabisan wang untuk memulakan kembali kehidupan mereka.

Benar kerajaan menyalurkan pelbagai inisiatif kebajikan untuk rakyat namun ia tidak mencukupi bagi bermula dari angka sifar.

Najib telah mencadangkan beberapa strategi untuk dipraktikkan KWSP bagi mengelak kerugian walau pencarum mengeluarkan wang mereka secara ‘one off’ melalui skim i-Citra sebanyak RM10,000.

Beliau juga merayu kerajaan untuk mempertimbangkan rayuan pencarum buat kali terakhir bagi memulihkan ekonomi pencarum yang terjejas dengan musibah banjir.

Semalam KWSP mengumumkan pendapatan pelaburan kasar KWSP bagi sembilan bulan pertama 2021 mencecah RM48.02 billion.

KWSP, rakyat merayu kepada Zafrul dalam TikTok

 

 

 

Leave a Reply