Mereka di’wajib’kan ziarah setiap kali Mahathir masuk IJN
Tun Mahathir sudah dua kali dimasukkan ke Institut Jantung Negara-IJN sejak akhir tahun 2021 hingga awal tahun 2022.
Bagaimanapun beliau masih mampu mengulas beberapa isu berkait pemimpin tertentu.
Adakah Mahathir menerima ziarah individu tertentu semasa berada dalam IJN?
Namun demikian, Mahathir tidak memberi respon pendedahan Tommy Thomas yang mengaitkan Zeti dan beberapa individu lain dalam skandal 1MDB.
Pendedahan yang dibuat pihak SPRM juga agak mengejutkan namun sehingga hari ini mereka yang dinamakan SPRM masih tidak ‘bebas’ tanpa sebarang dakwaan.
Di media sosial, kisah Zeti, Pakatan Harapan dan SPRM dipersendakan sehingga ada kartun dilakarkan menggambarkan sikap ‘double standard’.
Agak pelik apabila siasatan SPRM terhadap individu tertentu memakan masa yang begitu lama tanpa tindakan.
Berbanding dengan siasatan terhadap pemimpin politik, siasatan serta tindakan dilakukan seolah sudah tiada hari esok.
Lihat sahaja cara veteran DAP menyerang KP SPRM dalam isu pemilikan saham. Konsistensi serangan Kit Siang akhirnya membuahkan hasil apabila Azam Baki mula disiasat berkait dakwaan Kit Siang.
Agak menghairankan apabila pendedahan Tommy Thomas seperti tidak diendahkan. Adakah ini kerana mahu melindungi perkara sebenar dari terbongkar?
Benarkah Mahathir sendiri mengetahui perkara sebenar tetapi demi untuk ‘membunuh karektor’ musuh, beliau sanggup berbuat apa sahaja?
Intergriti SPRM kini dihujung tanduk dan rakyat mahukan kebenaran yang sebenar-benarnya. Adakah SPRM akan ‘tebus kembali’ maruah mereka dengan mendedahkan penglibatan Mahathir dan beberapa Tan Sri dalam skandal 1MDB?
Mahathir mula kalih isu Zeti bila serang Tony Pua