Najib saman Adam Mukhriz dan Amin Ahmad

 

Dato Sri Najib Razak akan menyaman Adam Mukhriz dan Amin Ahmad berikutan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.



Ahli Parlimen Kangar, Amin Ahmad yang menaikmuat satu posting di facebook menunjukkan satu tangkap layar palsu yang kononnya dari facebook rasmi Najib.

 

“Sukar untuk percaya pada masa atuk (Mahathir) sakit mereka masih mampu mainkan fitnah sebegini hanya sebab mahu politik?”



“mereka minta saya tunjukkan acitivity log untuk buktikan saya tidak menaikmuat status ‘Selamat Jalan’, saya tunjukkan tetapi mereka kata activity log boleh disunting”

 

 



saya saman kedua-dua supaya peguam saya boleh tunjukkan log yang sebenarnya kepada mereka didalam Mahkamah nanti”

Najib dalam pada itu turut menyatakan hasrat beliau untuk memberi bantuan kepada rakyat dengan menggunakan pampasan saman terhadap dua individu tersebut.

Untuk rekod, Adam Mukhriz adalah individu yang pernah didakwa di Mahkamah kerana kesalahan menaikmuat kandungan jelik di facebook.



Pada ketika itu Adam bergandingan bersama seorang lagi yang dikenali sebagai Ratu Naga.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button