V ahli kelima BTS disahkan positif Covid-19

Ahli kumpulan BTS, V atau Kim Tae-hyung disahkan positif Covid-19 semalam.

Perkara itu diumumkan oleh agensi pengurusannya, Big Hit Music selepas penyanyi berusia 27 tahun itu mengalami simptom demam dan sakit tekak.

“V telah melakukan pemeriksaan di hospital dan keputusannya dia disahkan positif Covid-19.



“V telah lengkap dua dos vaksin dan tidak menunjukkan simptom-simptom lain selain daripada demam biasa dan sakit tekak.

“Ketika ini, dia sedang menjalani kuarantin di rumah dan akan mengikut segala prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak hospital,” kata kenyataan itu.

V merupakan ahli kelima BTS yang disahkan positif Covid-19.

Sebelum ini, RM, Suga dan Jin disahkan positif pada Disember lalu manakala Jimin pula pada Januari lalu.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading