Individu berpelukan ketika AJL dikompaun langgar SOP

Kuala Lumpur: Polis mengesan tindakan sekumpulan individu berpelukan dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang diadakan baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Naazron Abdul Yusof berkata, gambar itu dikesan polis selepas dimuat naik sebuah portal berita.

Menurutnya, Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi sudah diarah untuk menjalankan siasatan lanjut.

Katanya, semua individu terbabit sudah dipanggil bagi membantu siasatan atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat.



“Kesalahan itu dikesan kerana tidak mematuhi penjarakan fizikal seperti yang terkandung dalam arahan PPN Fasa Empat.

“Tawaran kompaun RM1,000 sudah dikeluarkan kepada setiap individu terbabit mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan),” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan untuk terus patuh kepada SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang wabak Covid-19.

Harian Metro




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading