Dua calon Mengkibol positif Covid-19

KLUANG: Dua calon yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol disahkan positif Covid-19, hari ini.

Calon Perikatan Nasional (PN) Kevin Wong dikesan dijangkiti virus itu menerusi ujian kendiri yang dilakukan pagi ini.

Menerusi suatu kenyataan, Kevin memohon maaf kepada penduduk-penduduk di Kluang dan menyatakan akan berhubung dalam talian dengan pengundi.



Beliau melakukan pengasingan diri dan bergantung kepada jentera PN akan terus menjalankan kempen pilihan raya di sekitar Mengkibol.

Sementara itu, calon Pakatan Harapan (PH) Chew Chong Sin dan isterinya, Tan Yoke Suan, disahkan positif.

Dia dimaklumkan adalah kontak rapat kepada seorang pesakit positif Covid-19.

Justeru, dia tidak menyertai semua kerja kempen sejak semalam.



Dia disahkan positif selepas menjalani ujian saringan Covid-19 di sebuah klinik semalam.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading