Elon Musk beli 9.2 peratus saham Twitter

Pengasas Tesla dan SpaceX, Elon Musk - Foto Reuters

MOSCOW: Bilionair Amerika Syarikat (AS) yang juga pengasas Tesla dan SpaceX, Elon Musk membeli 9.2 peratus saham Twitter, demikian menurut dokumen diterbitkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pasaran Saham AS, lapor agensi berita Sputnik.

“Jumlah yang dimiliki: 73,486,938 saham merangkumi saham ‘Common Stock’ yang dipegang oleh Elon Musk Revocable Trust bertarikh 22 Julai 2003 yang mana Elon Musk adalah pemegang amanah tunggal. Peratusan kelas: 9.2 peratus,” demikian menurut dokumen berkenaan.

Selepas penerbitan dokumen itu, saham Twitter melonjak sebanyak 28 peratus pada sesi dagangan pra-pasaran semalam.



Syarikat AS, Twitter Inc diasaskan pada 2006 sebagai firma blog mikro yang beribu pejabat di bandar raya San Francisco, California.

BERNAMA


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading