UMNO tidak perlu simpan ‘musang berbulu ayam’

 

Selepas terbocornya kandungan ‘PASLeak’, UMNO perlu bertindak segera dan tidak lagi menyimpan ‘Musang berbulu ayam’ dalam parti.

Walau respon dari beberapa pemimpin PAS hanya sekadar penafian, tiada laporan Polis dilakukan Presiden PAS berkaitan perkara tersebut.



Lebih mengejutkan reaksi pemimpin dalam UMNO pula ‘lebih sudu dari kuah’.

 

 



Secara tiba-tiba ada yang menyatakan kandungan ‘PASLeak’ tidak perlu diperbesarkan.

Adakah kandungan ‘PASLeak’ memang diketahui pemimpin tersebut kerana beliau sebahagian dari perancangan kandungan dokumen tersebut?

Tidaklah mengejutkan jika pemimpin itu mengetahui isi kandungan serta perancangan yang telah ditetapkan memandangkan sudah terdengar gerakan luarbiasa dari beberapa pemimpin UMNO telah bermula.

Ada kalangan Perwakilan UMNO yang akan bersidang pada 15 Mei 2022 telah dihubungi broker-broker kepada pemimpin tertentu untuk melakukan ‘sesuatu’ pada EGM UMNO nanti.



Menurut sumber, mereka akan menerima ‘Sampul Raya’ sebelum 15 Mei nanti.

UMNO telah mengambil ketetapan untuk mendesak PRU15 diadakan segera dan ‘Top 5’ UMNO diberikan mandat oleh perwakilan bagi menentukan masa yang sesuai.

MKT UMNO juga telah bersetuju untuk PRU diadakan terlebih dahulu sebelum pemilihan UMNO dijalankan.



Bagaimanapun ada beberapa karektor dalam UMNO dan dipercayai turut terlibat dalam ‘PASLeak’ mahu pemilihan UMNO diadakan sebelum PRU dijalankan. Ini bagi memudahkan ‘mereka’ mendapat watikah untuk menjadi calon PRU tanpa ada halangan besar.

UMNO masih mahu menanti untuk ‘disembelih’?

PN, PH takut Parlimen dibubarkan selepas Julai



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button