Korea Selatan mansuh arahan guna pelitup muka

SEOUL: Korea Selatan akan menarik balik arahan pemakaian pelitup muka di luar bangunan mulai minggu depan, kata Perdana Menteri, Kim Boo-kyum dalam langkah terbaharu negara itu untuk melonggarkan sekatan COVID-19.

Langkah itu dibuat selepas dua minggu Korea Selatan membatalkan kebanyakan sekatan berkaitan wabak, termasuk perintah berkurung pada tengah malam di restoran dan perniagaan lain, pada 18 April.

“Kami membuat kesimpulan bahawa kami tidak boleh lagi berpaling dari… kesulitan dialami rakyat yang mana mereka perlu memakai pelitup muka walaupun berjalan sendirian atau berkelah bersama keluarga,” kata Kim ketika mesyuarat tindak balas COVID-19.



Bagaimanapun orang ramai masih diwajibkan memakai pelitup muka pada majlis dihadiri 50 orang atau lebih, seperti di perhimpunan, konsert dan stadium, katanya.

Jumlah kes COVID-19 di Korea Selatan berada di bawah 100,000 sehari selepas memuncak kepada lebih 620,000 sehari pada pertengahan Mac.

Korea Selatan sebahagian besarnya berjaya mengehadkan kematian dan kes kritikal melalui vaksinasi yang meluas, dan ia telah mengurangkan usaha pengesanan dan pembendungan yang agresif yang menjadikannya kisah kejayaan mitigasi daripada kebanyakan dua tahun pertama wabak itu.

Hampir 87 peratus daripada 52 juta penduduk negara itu telah divaksin sepenuhnya, dengan 65 peratus juga diberikan dos penggalak, menurut data Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea.



REUTERS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button