Wanita pandu lawan arus ditahan positif dadah

JOHOR BAHRU: Seorang wanita ditahan kerana memandu melawan arus di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kemalangan di Kilometer 16 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 pagi itu, Toyota Vios dipandu melawan arus oleh suspek, 30, merempuh bahagian hadapan dan sisi kanan sebuah Proton Saga di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, mengesahkan kejadian itu termasuk penahanan suspek yang mana video kemalangan terbabit turut tular di media sosial.



“Tiada kecederaan dialami pemandu kedua-dua kenderaan yang terbabit kemalangan itu, dengan hasil ujian saringan awal air kencing mengesahkan wanita yang memandu melawan arus itu positif dadah jenis amphetamine.

“Kes kemalangan ini disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu tular di media sosial video memaparkan kemalangan secara berhadapan membabitkan dua kereta di jalan sehala itu.

Dalam pada itu, Rupiah menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes kemalangan ini menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di talian 07-5563122.



METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading