Usul pindaan Perlembagaan UMNO dijangka lulus sebulat suara

 

Usul pindaan Perlembagaan UMNO pada EGM UMNO Ahad ini dijangka akan diluluskan sebulat suara. 



Presiden UMNO, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menjelaskan kepada perwakilan berkaitan usul tersebut pada EGM UMNO kelak.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan membentangkan usul pindaan perlembagaan parti.

Pindaan ini bermaksud pemilihan jawatan dalam UMNO hanya akan diadakan dalam tempoh 6 bulan selepas PRU berakhir.

Pindaan juga akan memberi mandat kepada mereka yang menang pemilihan untuk kekal selama 3 tahun memegang jawatan parti.



 

 

Jelas sekali apa juga perancangan oleh ‘broker’ yang menjalankan agenda pihak tertentu tidak akan berjaya dilaksanakan pada EGM ini.



Sebelum ini ada ura-ura satu gerakan menggagalkan usul EGM UMNO dijalankan pihak tertentu, namun ia dinafikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Bagaimanapun, usaha tersebut kembali berlegar di media sosial dengan dakwaan UMNO kini ditadbir oleh “caretaker” dan tidak membolehkan sebarang pindaan Perlembagaan dilakukan.

Cubaan gagalkan EGM – UMNO kini ditadbir “caretaker”?

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button