Cubaan gagalkan EGM – UMNO kini ditadbir “caretaker”?

 

Perhimpunan Agung Khas UMNO-EGM yang dijadualkan pada 15 Mei 2022 sekali lagi cuba digagalkan oleh “tangan ghaib”.



Dakwaan UMNO kini ditadbir oleh “caretaker” sedang berlegar luas di media maya. Percubaan ini dipercayai ada kaitan dengan gesaan agar pemilihan parti diadakan seberapa segera.

Sebelum ini dikatakan percubaan tersebut telah digagalkan, namun “broker” masih belum berpuashati selagi pemilihan Parti tidak diadakan sebagaimana dikehendaki “paymaster”.

 

Tangkap layar sebaran cubaan gagalkan EGM UMNO dalam media sosial

 



Pelbagai usaha giat dijalankan sebelum tarikh EGM UMNO diadakan dan menurut sumber, “broker” masih cuba menghubungi para perwakilan di saat akhir bagi memastikan perancangan mereka berjaya.

Dalang sebenar disebalik gerakan tersebut dikatakan sudah dikenalpasti namun identiti kumpulan itu masih dirahsiakan untuk tidak menjejaskan nama baik mereka.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pernah dihubungi berkaitan isu tersebut, namun beliau menafikan terdapat gerakan tersebut.

Bagaimanapun, gerakan itu masih dijalankan menerusi media sosial bagi membangkitkan keresahan kalangan ahli UMNO.



Cubaan kami untuk menghubungi Setiausaha Agung UMNO untuk mendapatkan respon berkaitan cubaan kali ini masih gagal.

EGM UMNO sukar untuk digagalkan – Ahmad Maslan

 

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button