Tokan dadah ditahan bersama heroin

Langkawi: Tokan dadah ditahan polis bersama paket lut sinar berisi bahan terlarang di Kampung Ewa di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, suspek berusia 30 tahun ditahan di hadapan sebuah rumah pada 10.30 malam.

“Panik dengan kehadiran anggota polis, suspek bertindak agresif dan nekad bergelut dalam usahanya cuba meloloskan diri tetapi berjaya ditahan.



“Pemeriksaan menemukan enam paket plastik lut sinar disyaki berisi dadah jenis heroin seberat 32.80 gram (g),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Shariman berkata, turut ditemui satu paket plastik disyaki berisi syabu seberat 0.60 g disembunyikan dalam poket kiri seluar dipakai suspek.

“Suspek yang juga penganggur berserta barangan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi untuk siasatan lanjut.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta 15(1)(a) akta sama,” katanya.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button