‘Kalau dah namanya jodoh’ Beza umur 18 tahun

Walaupun cinta pernah ditolak berkali-kali, ianya bukan satu titik noktah buat seorang lelaki untuk memiliki wanita idamannya dan sekali gus dijadikan isteri sebagai peneman hidup.

‘Kalau dah namanya jodoh’

Menerusi video yang mendapat hampir 2.1 juta tontonan dikongsi seorang wanita di aplikasi TikTok, menceritakan kisah percintaannya dan jarak umur dengan suaminya adalah 18 tahun. Ujar pemilik video, dia sebelum ini pernah berkali-kali menolak cinta suaminya namun atas persuratan takdir dan jodoh mereka akhirnya selamat disatukan sebagai suami isteri.

Lelaki ini yang banyak kali aku reject. Beza umur 18 tahun kot. Kalau dah namanya jodoh, tolak la kuat mana, campak lah jauh mana dia tetap akan datang.



Bercerita lebih lanjut, wanita ini menjelaskan sikap suaminya yang begitu baik dan dia dilayan seperti permaisuri selepas mendirikan rumah tangga.

3 tahun perkenalan akhirnya kami bersatu sebagai suami isteri yang sah.

Dia lah lelaki yang layan saya macam permaisuri selepas saya trauma dalam rumah tangga yang lepas. Walau saya layan dia teruk, dia tetap tak mengalah. Penerimaan keluarga, Alhamdulillah semua setuju.

Bagaimanapun, di sebalik kebahagian tersebut terdapat individu yang kurang senang dan meninggalkan komen yang kurang baik kepada mereka.



Kalau dating dan up story mesti akan ada yang perli ‘keluar dengan ayah ke tu’?

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dengan kisah yang dikongsi dan turut menitipkan doa buat pasangan ini.

 

 



@its_maysoLelaki yang berumur lebih hot.. 🥰🥰🥰

♬ suara asli – Manganang Fanbase

 



 

Its_mayso

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button