‘Bella demam, prosiding pengecaman Bainun ditangguh’

KUALA LUMPUR: Remaja orang kurang upaya (OKU) Bella yang didakwa menjadi mangsa penderaan di bawah jagaan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang sepatutnya hadir bagi tujuan pengecaman ketika prosiding perbicaraan hari ini, tidak dapat hadir kerana demam.

Bella yang menghidap Sindrom Down dijadualkan dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk melakukan sesi pengecaman terhadap tertuduh.

Namun beliau dilaporkan demam dan tidak dapat hadir ke Mahkamah Sesyen untuk proses pengecaman terhadap tertuduh.



Sesi pengecaman itu akan dijadualkan semula sebaik Bella dilaporkan sembuh.

Difahamkan, turut akan hadir adalah beberapa penghuni kondominium yang menjadi lokasi Bella didera.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini antara Februari dan Jun 2021.



Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

BHOnline

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading