Tiada kesan kehadiran harimau putih

RAWANG: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor menafikan wujud kesan atau kehadiran harimau putih di Sungai Batu Licin, Sungai Choh, di sini, seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Pengarah PERHILITAN Selangor, Dennis Ten Choon Yung, berkata pihaknya menjalankan siasatan di tempat kejadian pada jam 3.15 petang tadi.

“Siasatan lanjut mendapati tiada kesan kehadiran haiwan putih seperti didakwa sebelum ini.



“Selain itu, penduduk setempat juga tidak mengesahkan dakwaan kewujudan hidupan liar berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, tular di media sosial video memaparkan seorang wanita merakam kelibat seekor haiwan dipercayai harimau ketika mandi di sungai berkenaan.

Video itu mendapat pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya memaklumkan ia hanya anjing dan bukannya harimau putih.

Sementara itu, Choon Yung berkata, siasatan lanjut mendapati seorang pemilik kebun berdekatan mempunyai anjing berwarna putih.



“Anjing itu dipercayai menjaga kebun yang berada bersebelahan sungai berkenaan.

“Bagaimanapun, PERHILITAN akan melakukan pemantauan lanjut di sekitar kawasan berkenaan,” katanya.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading