Ringgit naik sedikit RM4.3985

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS untuk hari dagangan keempat berturut-turut hari ini, dipacu oleh minat belian yang berterusan, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat sedikit berbanding dolar AS kepada 4.3985/4015 daripada 4.4000/4040 ketika ditutup pada Jumaat.

Penganalisis itu berkata unjuran yang menurun terhadap ekonomi global mendorong lebih ramai pelabur beralih kepada mata wang pesat membangun.



“Harga minyak mentah yang kukuh, dengan penanda aras minyak mentah Brent didagangkan di atas AS$110 setong, akan memberi manfaat kepada kerajaan Malaysia, membolehkan pelaksanaan dasar pengembangan fiskal yang lancar,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama yang lain.

Unit tempatan itu meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3864/3901 daripada 5.4208/4257 ketika ditutup pada Jumaat, kukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1717/1743 daripada 3.1753/1786 dan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.2627/2652 daripada 3.2655/2688.

Ia bagaimana pun susut berbanding euro kepada 4.6325/6357 daripada 4.6314/6357 sebelumnya.



Bernama


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading