‘Tolong diam’ ketika bersalin
London: Seorang wanita berasa dipersendakan apabila diminta untuk diam ketika bersalin oleh seorang doktor.
Yasmyn Switzer, 20, ibu kepada tiga cahaya mata ternyata terkejut dengan permintaan doktor sedangkan dia sedang menahan sakit akibat kontraksi.
Pengalaman itu dikongsi Switzer menerusi laman TikTok yang beranggapan doktor terbabit tidak bertimbang rasa.
Beliau berkata, ketika melahirkan anak ketiganya, dia agak ‘bising’ kerana menahan kesakitan.
Namun, doktor bertugas memintanya untuk memperlahankan suara.
“Saya seorang suka yang tenang ketika berada di dalam dewan bersalin dan tidak sesekali meninggikan suara atau berkonfrontasi dengan doktor.
“Doktor datang sebaik air ketuban pecah, dan saya tidak menjerit ketika meneran sebaliknya hanya mengerang.
“Namun, doktor meminta saya untuk diam,” katanya.
Beliau berkata, tindakan itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan doktor itu yang memantaunya kesihatannya sejak awal kandungan.
Dia akhirnya melahirkan seorang bayi perempuan namun kemarahannya tetap ‘membara’ sehingga kini.
METRO